Anak2 buah aku bangun awal..... termasuk la bapak yang tua2 sekali nak berendam mandi kolam punya pasal. Open pukul 9.30 tapi pukul 8.30 depa semua berkubang turun mandi siap. Aku tak mandi pun..... sekadar jadi tukang ambil gambaq ja.. ...... Lepas check-out kami sambut raya haji di rumah bapa saudara biras aku area Melaka jugak.... Lepas makan2 terus gerak ke Zoo Melaka.
acara bapak2 dgn anak
cantik kolam renang sini
posing lagi sebelum gerak balik
Sebenarnya first time aku ke zoo sini. Layan anak buah jadi masuk la tengok apa yang ada dalam tu. Besar jugak zoo Melaka mau tercabut kaki aku ni yang dah lama tak ber excercise. Berpeluh2 la jugak.... hhe... Time aku sampai memang ramai sangat pengunjung....... siap pakai baju raya le.... ada berkebaya lagi cik nun..... ingat kami ja beraya dalam zoo tu...... hhee ramai orang rupanya. Aku hentam pakai seluar aja....... senang sikit nak lari2 bersilat2 dengan anak2 buah aku ni nanti.... Lepas pusing2 dalam 4 jam camtu baru la gerak balik kemudian singgah beraya sekejap ke rumah kawan en suami di Putrajaya. Ingat nak bawa mereka meronda area Putrajaya sekali tapi semua dah letih jadi kami terus balik rumah sahaja.
tunggu turn naik kuda
Pak Lang naik kuda dengan kakak
Sekian
19 comments:
kat melaka ni this area rasa2 nya pegi sekitar tahun ahkir 80 an kot..heee... lama tul
x ramai org ke kt zoo?
berjalan betoi hari raya yer.. hihii
zoo taiping pun luas jugak.. lenguh jugaklah kaki..
lamaaaanya tak pegi zoo...
tp konpem daku naik train je ...
sayang lemak...kikiki
bestnya! nak pergi gak kat cni
besh berendam eks...:)
seronok nyer bercuti...
@KhaiRin
ramai jugakk... :(
@IntaNBerliaN
x pernah lagi la ke sana... nnti boleh la kot...
@mak encik | SZ
jalan kaki dulu... pastu baru naik train... hhee
zoo melaka sgt best!!! hehe
sonok jugak beraya kt zoo yer.. boleh lah gembirakan hati budak2..
salam,
sejuk nengok air kolam..rasa nak terjun kata pulak.
sdapnye mandi kolam.akk t.pnah lg smpai zoo mlaka hahaha ada yg siap bkbaya msuk zoo ye!
iskh, cantiknye zoo melaka!
last pegi 4 tahun dulu, berbeza tul la
Meriah la :)
bestnya nek kuda.. ;)
wahhhh..memang lawa glew kOlam diaaaa...
*da lme xpergi zoo melaka..first time prgi time tingkatan 3.hihi
munna pun baru je ke zoo melaka minggu lepas
alahai melaka lagi.. tadi akak masuk blog sorang lagi gi zoo melaka.. cam suruh kak gijer dahler lama akak tak gi melakani.. seronok kalau disarankan kat suamiku ini...
Post a Comment