tambah wang dengan zalora KLIK

Saturday, November 26, 2011

bilakah penantian aku akan berakhir



foto google


Tadi baru balik dari melawat wife kawan en suami di PPUM. Dia baru saja bersalin anak yang pertama. Seronok sangat tengok baby harini, teringin nak dukung tapi tak berapa nak yakin sebab pengalaman tu tak ada takut2 nanti ada pulak yang x kena di mata mereka jadi aku sekadar cuit2 aja la. Dalam hati terdetik beruntungnya kawan2 yang baru ja kahwin cepat dapat baby tapi aku yang dah bertahun2 ni masih menanti menanti dan terus menanti dan bila agaknya rezeki kami pulak. Tadi pun pergi sekejap sahaja sebab waktu melawat dah habis. Kami pergi nak sangat tengok baby baru lagipun esok diorang dah nak balik kampung. Tak dapat la nak borak lama2 coz wife kawan en suami tu masih dalam keadaan lemah kesian pulak tengok dia tadi. Lagipun security kat situ macam straight sikit la... tak benarkan kami duduk lama sebab dah habis waktu melawat katanya.... jadi tak mau gaduh2 panjang cerita kami pun cepat2 gerak balik ajalah rasa2 tak sampai 15minit jumpa.

Bercerita pasal baby ni Alhamdulilah... aku bersyukur sangat2 kerana secara tiba2 ja semalam en suami ada suarakan nak mencuba ke HUKM pulak. Aku pun tak tahu angin apa yang merasuk tiba2 ja ajak aku ke sana. Kalau tak susah sungguh nak buat kira sebab sebelum ini aku dah 4 kali buat IUI kat HKL tapi negatif mungkin en suami takut aku kecewa macam yang lepas2 sebab tu dia tak mahu aku menaruh harapan terlalu tinggi takut kecewa lagi. Aku ingat lagi setiap kali buat IUI nak tunggu ke hujung bulan tentu berdebar2 tapi bila "bendera merah" dah keluar ada 1 perasaan yang sangat tertekan dalam hati aku ni sebab tu en suami selalu gelarkan aku "jiwa kacau". Sebab aku cepat stress mula la nak murung ataupun nak nangis tak berhenti. Kalau tahun2 lepas aku dah mencuba perubatan di hospital, pastu telan bermacam2 jenis ubat dan tahun ni kami berubat cara kampung sahaja sebab nak mencuba alternative lain pulak.

Tapi kalau ke hospital ni kena beri komitment yang tinggi kerana akan sedikit terganggu dengan prestasi kerja kerana dalam 1 bulan akan kerap ke hospital mengikut jadual yang mereka tetapkan. Siap pulak dengan bil rawatan, ponteng kerja, ambik half day, rekod MC, jalan jam pastu hari2 nak travel ke HUKM pagi2 macam kat HKL dulu semua tu memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi. Aku dah pernah lalui dan syukur sangat2 aku tidak kesorangan ketika itu. Aku juga harus bersedia kemungkinan berat badan aku akan semakin naik lagi macam tahun2 yang lepas sebab makan ubat2 dan suntikan2 sebelum buat IUI. Tapi aku tak kisah sangat janji apa yang aku nak buat ini membuahkan hasil. Mungkin lepas itu baru nak fikirkan pasal kurus atau apa pun. Semalam aku nangis bersyukur sangat2 Allah Taala membuka pintu hati suami untuk membuat rawatan ke hospital lain pulak. Aku tahu dia pun inginkan zuriat memandangkan dah 8 tahun berkahwin sudah tentu kami mahukan penyeri dalam rumahtangga kami ini. Aku kenal sangat hati suami cuma dia tak pernah suarakan takut aku akan bertambah kecik hati dan stress jadi sebab tu dia tak pernah nak cakap2 benda2 yang melukakan hati aku tambah2 hal2 baby. Aku harap sangat biarlah penantian aku ini berakhir dengan cepat. InsyaAllah.

Kalau boleh nak balik kampung nanti nak saja aku sampaikan berita gembira. Aku pun dah naik segan dengan saudara-mara dan kawan2 yang bertanyakan tentang diri aku. Kalau setakat bertanya saja aku tak kisah kerana aku tahu mereka simpati tapi kalau sampai buat mimik muka terkejut berok tu buat aku sakit hati. Pastu paling tak tahan mereka membanding-banding pun ada. Mungkin mereka tak bermaksudkan apa2 cuma aku saja yang sensetif lebih tapi kalau sampai yang ada mengeluarkan kata2 sindiran ataupun bahan gurauan membuatkan aku serik lagi nak berjumpa. Cukupla dugaan yang aku terima sekarang ini tambah2 aku dah ketiadaan kedua orang tua dah tentu perasaan aku ni rapuh tak sekuat orang lain. Luaran orang mungkin akan nampak biasa tapi hati aku menangis tak siapa yang tahu. Mungkin orang tak akan faham perasaan aku sebenarnya mungkin mereka akan kata aku ni sensetif tak bertempat. Hanya orang2 yang senasib dengan diri aku saja yang mengerti perasaan tersisih tu bagaimana tambah2 bila berjumpa sanak-saudara. Mungkin lepas ini aku kena bijak menjawab kata2 sindiran dari orang2 yang memperkatakan tentang aku. Cukup la kalau dulu aku sekadar sengeh dan menangis sahaja. Tapi sekarang aku kenalah belajar kawal perasaan dan tunjukkan kepada mereka walaupun hidup kami serba kekurangan tapi kami tak pernah menyusahkan sesiapa. Aku kena berani berdepan dengan mereka. Aku tak minta ditakdirkan begini. Mungkin mereka akan faham kenapa dan mengapa. InsyaAllah. Aku akan tetap berusaha dan berdoa. Semoga ada sinar cahaya buat aku dan suami suatu hari nanti. InsyaAllah.





41 comments:

teacher anis said...

akak,jangan putus asa..teruskan berusaha ok..Allah bagi dugaan dekat hamba-Nya yang soleh dan solehah sebagai tanda sayang dan dia tahu hamba-nya itu mampu hadapi dugaan itu...teruskan usaha,dan buat solat hajat kak..insyaallah ade rezeki akak nanti..jangan stress2 tau..kalau stress,tu yang mengganggu kadang2...senyuma je..

sisdee said...

insyaallah selagi usaha tu ada .. dtglah rezeki tu..jangan bhenti busaha dan berdoa..i doakan u smoga cepat2 dpt cahayamata..mgkin klu dh usaha lum dpt hasil pasti byk hikmah menanti..mgkin nk u berdua dan bcinta dulu ke kan...apapun doa yang baik2 tuk u both :)

|| NaFiRaa || said...

insyaAllah.. jangan putus2 berdoa k~ usaha tangga kejayaan.. ade kawan i pon lalui cabaran yg sama.. tak berhenti2 berurut.. last skali dia mintak tolong orang yang ke mekah doakan dia murah rezeki.. alhamdulillah.. dapat dia seorang penyeri rumah tangga.. lg 1.. banyakkan amalan menderma/bersedekah.. insyaAllah.. Allah akan murah rezeki kita.. aminnn
*untuk peringatan diri sendirik jugak..:)

dear anies said...

byk2 bersabar ye..
bkn dela sorg je yg hadapi perkara sm. ramai lg yg kat luar berhadapan hal yg sm. yg penting jgn PUTUS DOA, BERUSAHA dan POSITIF dgn setiap perkara yg dihadapi...

IntaNBerliaN said...

sy doakan moga awk dikurniakan rezeki zuriat.. truskan berusaha..

Acik Erna said...

Insyaallah dela..semoga apa yang dela harapkan akan menjadi kenyataan..
acik dulu 5 tahun..acik tak buat rawatan dihospital cuma cara kampung je
jiran sebelah rumah 11 tahun.dia jumpa pakar Dr.hamid arsat..sedara sekampung 13 tahun..mungkin dah rezeki..dia cuma mengamalkan makan product HPA dan untuk mengurangkan strees..dia ambil anak angkat..dah 3 anak sendiri..sebab dia mula mengadung pun umur dah hampir 40 tahun..
sabar dela..usaha tangga kejayaan.
insyaallah..yakin la..

♥MAMASYAZA♥ said...

teruskan usaha, tabahkan hati, kuatkan semangat dan terus berdoa, insyallah akan dimakbulkan tuhan nanti. kengkadang tu tunggu lama2 memang berbaloi, mana tahu tuhan nak bagi kembar 3

Nieda said...

Salam kenal.
Selamat menyambut Maal Hijrah.
Terima ksih singgah .

محمد رازيق said...

inshaallah kak.. satu hari nanti Allah akan beri.. jgn sedih yer... siapa tahu, dapat baby nant skali kembar.. bykkan sabar dan doa

Nieda said...

Dugaan yg diterima adalah ujian yg diberikan untuk orang yg terpilih.
Kawan akak , lagi lama dah hampir 18 tahun .
Semoga ada harapan di penghujungnya.

Anonymous said...

Allah da rancang yang terbaek untok akak..sume ade hikmahnya..mak sedara saya sampai 10 tahun tunggu kalau tak silap..da tu Allah nak bagi rezeki ..dapat ler baby..skang da masok 2 orang da..Akak sabar la bnayak²..Saya doakan akak cepat² dapat baby...

kpah k-poh Sharifahnor said...

kpah bersimpati dgn nasib adik ni..tapi ya lah..dah Allah belum memberi rezeki lagi.Tapi itu bukan bermakna kita hanya berserah saja..kan..mesti ada usaha yang bersungguh2.Kpah tak tahu bgmana perasaan org yg tak de anak..tapi kpah hanya boleh tumpang simpati.Mudah-mudahan diizinkan oleh Allah untuk adik melalui pengalaman alahan mengandung,kesulitan sewaktu mengandung,kesakitan sewaktu melahirkan,kepayahan dan kegembiraan dalam membesarkan zuriat..InshaAllah..sekali gagal..dua kali gagal..tiga kali gagal..tak bermakna selamanya gagal..pasti ada hari yg adik dan suami pasti berjaya.

Totie@Tomy said...

banyakan berdoa insyAllah pasti akan dapat hasilnya dengan izin Allah..saya pun doakan untuk awk..salam kenal..

Lady Diana said...

salam dela, kisah dela ni lbh kurang sama dgn sy.. kita mmg senasib. Allah uji kita dgn ujian yg berat ni. Insyaallah kita sma2 usaha lg untuk dpt anak..

mama aini said...

dalila..sedih mama dengar cerita dalila..sabar ya dier..semuga allah akan makbulkan permintaan dalila..amin..mama adalah pesakit PPUM..hu2x..setiap bulan kesana utk rawatan..ank kedua meninggal waktu mama skt teruk, skrg ank mama ada 1 sahaja dan selepas ank ke2 meninggal doktor tak benarkan mama mengandung lagi..hu2x..sabar dan berusaha tanpa jemu..tentang mulut2 org tu..biarkan..waktu kita susahpun bukan mereka yg menolong kita..sedih & sayu kita tak siap yg tahu kecuali mereka yg pernah mengalaminya.. :)

kasihibu said...

sabarlah dik..insya'allah rezeki akan ada juga akhirnya

dalila said...

tq teacher anis..hhe.. insyaAllah... sejuk hati dengar kata2 semangat... :)

dalila said...

sisdee

Terima kasih banyak2 sudi doakan untk dela... biasalah... cinta lama2 pun banyak dugaan jugak.,...hhee.. apa2 pun trima kasih sudi komen utk dela... terharu sgt..

dalila said...

Nafiraa... terima kasih
InsyaAllah... dela tak akan lupa nasihat nafira utk bersedekah...

dalila said...

Khairin


terima kasih sudi komen... insyaAllah dela akan cuba kuatkan hati... x mau sedih2 lagi...

dalila said...

Intan berlian


Terima kasih intan

dalila said...

Achik Erna..

terima kasih sudi komen... dela terfikir jugak nak ambil anak angkat tapi bayak sangat tentangan lagipun suami pun belum terbuka hati utk itu... dela harap doa dela dimakbulkan 1 hari nanti... InsyaAllah

dalila said...

Mamashaza


kembar? memang itu yg harapkan... teringin sgt...InsyaAllah.. TQ byak2..

dalila said...

محمد رازيق


InsyaAllah... dela nak sgt anak kembar..hhee

dalila said...

Nieeda...

Terima kasih banyak2 kak... sejuk hati dela

dalila said...

Maji_Rashid

tq sudi komen... terima kasih atas doa adik... :)

dalila said...

kpah k-poh

tq byk2 sudi komen... dela mmg teringin sangat nak merasa pengalaman semua itu... camna perasaan ibu kita membesarkan dela dulu..

dalila said...

Totie@tomy

Terima kasih sudi komen... salam kenal... terima kasih atas doa ada.. terharu sgt... :)

dalila said...

Lady Diana

kita senasib rupanya... sama2 la kita berdoa agar doa kita dimakbulkan.. InsyaAllah...

dalila said...

Mama Aini

sedih dela baca kisah mama aini...tapi mama aini ni sakit apa ye?... betul2 sesiapa yg pernah mengalaminya saja yg tahu camna perasaan sedih perit tu camna... tq sudi komen

dalila said...

kasihibu

Terima Kasih sudi komen. InsyaAllah... dela setia menanti

Hanis MY said...

insyaAllah pasti ada rezeki berkat usaha dan kesabaran...itulah mmg geram sgt dgn saudara mara yg suka sindir dan banding2 mereka tak alami sudah tentu tak faham perasaan kita sepatutnya lebih menambah semangat ini sebaliknya pula sedih betul huhu...

Mira Maisara said...

sama samalah kite berdoa..moga dipermudahkan segala urusan.. aminn

sekadar satu coretan said...

Sabar ye...itu semu dugaan dari allah..cuma lambat atu cepat jer rezeki tu...

Kak ain terjumpa satu hamba allah ni kat surau ia peknan jugak telah menunggu selama 10 tahun...akhir rezeki dia mangandung jugak...sabar ye dela...

Unknown said...

insyaallah..
rezeki pasti akan dtg suatu hari nanti..
Tuhan telah merancang sesuatu yg terbaik utk kita sedangkan kita tidak mengetahuinya..

Juliet_iRa~" said...

xpe kak..jgn sedih..

ada sorang kwn sy ni..tp kakak dia la..dah kahwin lama mcm akk pastu pon xdpt anak..kakak tu dia nurse kat hosp maternity n dia mmg cek la dia xda mslh tp hsbnd dia xnk g cek..last2..diorang amik anak angkat lelaki...kakak tu jd ibu susuan la kat anak tu sbb amik pil utk bg ada susu..alhamdulillah skarang diaorang dah mkin bahagia..

kalo kes akk ni..hubby akk pon sm2 bsungguh kan..jadinya akk jgn stress sgt k..insya-Allah ada rezeki ada la tu..doa byk2...mgkin ni ujian Allah pd akak..:D

SeputihSalju said...

sedihnya baca kisah kak ni.. sy pun prnah rsa cmni jugk kak, wlaupun sy tak lama tp sy phm persaan kak...sbr ye kak.. InsyaAllah ada rezeki kak.. sy doakan kak cpt2 dpt baby... Amin.

Asmara said...

mudah2an terus dimurahkan rezeki. Allah maha Adil, mungkin ada lebih di sini dan kurang di sana. InsyaAllah mohon dengan kesungguhan, cepat atau lambat je. enjoy your life! :D

Cik tikah said...

insyaAllah akan ada. moga rezeki akak smpai dlm masa trdekat. amin :)

Unknown said...

Assalamualaikum...hai dela..sebak baca kisah dela yang sememangnya sama mcm kisah saya sendiri yang 9 tahun kawin baru dapat seorang baby...kalau dela sudi boleh baca kisah saya tajuk 'sebuah penantian'.. di blog saya....moga Dela terus tabah mengharungi ujian Allah ini..Sesungguhnya Allah tak akan menguji lebih dari kemampuan kita...kita insan terpilih untuk ujian ini..

Cik Leez said...

teruskan berdoa kak...jangan kisah sangat ape org nak kata...dalam keluarga terdekat leez snediri ada 2 org sepupu yang tak dapat anak, sorang tu dah kawen lebih dari 10 tahun, tapi rezeki masih tak memihak kat dia, sorang lagi kawen 3 tahun tak dpt jugak lagi, mak leez sendiri kawen 10 tahun baru dapat lez..memang paham sgt perangai org..spupu lez pon selalu luah perasaan kat lez tiap kali balik kg org duk menanya dia, memag dia nampak selamber je jawab tak de rezeki lagi tapi hakikat hati dia terguris...teruskan berdoa dan usaha...^_^