tambah wang dengan zalora KLIK

Tuesday, August 30, 2011

hari raya aidilfitri 2011







Alhamdulillah..... bersyukur sangat2 genaplah sebulan berpuasa dan hari ini hari raya. Tahun ini beraya dengan meriah sekali dan buat kali pertamanya aku beraya dan bermalam di rumah mertua. Selalunya aku dan suami akan bermalam rumah keluargaku demi keselesaan adik2 tapi memandangkan tahun ni adik perempuan dan suaminya beraya di Johor dan adik bongsu tak dapat bercuti raya jadi kami bermalam saja di rumah keluarga mertua lagipun banyak bilik kosong jadi tahun ni di sini rumah persinggahan kami buat kali ini.

Alhamdulillah seperti yang di rancangkan dan seperti yang di impikan kali ini kami decokan rumah mertua seperti yang aku dan suami inginkan sendiri. Walaupun kelam kabut di saat2 akhir tapi semuanya berjalan lancar seperti yang di inginkan. Siapa tak sedih kalau segala yang dicitakan tak menjadi kenyataan tapi atas kerjasama semua adik-beradik semuanya siap dan aku puas hati walaupun tak sepenuhnya. Tapi apa2 pun pujian harus diberikan untuk en suami kerana berhabis tenaga dan wang ringgit demi mencapai impian aku sendiri untuk menghias rumah mertua kali ini.  Kami juga sempat bergambar ramai2 1 family walaupun x semuanya ada kerana beraya rumah mertua masing2.

Raya pertama macam rutin raya yang lain2 mesti ke kubur kedua ibu-bapaku dahulu dan barulah beraya dengan keluarga mertua kemudiannya ke rumah tok di Amanjaya. Tahun ni jugak ramai kawan2 en suami datang beraya ke rumah jadi meriahlah sikit raya tahun ni...







Raya kali ini sahabat lamaku Azean datang beraya rumah mertua aku. Tidak seperti tahun2 sebelumnya asyik aku saja ke rumah kawan2 kali ini aku nak mereka beraya ke rumah aku pulak.... Nampaknya Azean sorang ja la yang dapat datang 1 family ke rumah kami... yang lain2 biasalah raya2 begini selalu balik ke rumah mertua dan ada yang sibuk dengan urusan masing2.... Walaupun mereka punya alasan sendiri namun aku faham..... bukan boleh paksa pun. Saja aku nak uji mereka asyik tiap2 tahun camna sibuk sekalipun aku mesti curi2 masa ke rumah mereka walaupun bukan hari raya.... asyik kita ja ke rumah mereka ... nak juga merasa mereka datang ke rumah kita pulak........... betul x???? nampaknya Azean dan Magesh  tangga teratas... 
ha..ha..ha..




2 comments:

Unknown said...

tuan rumah mesti dlm mood raya lagi kan :)

AYuNG said...

gamba yg 1st tuh cntek...
serba pepel sumanya..:)

salam lebaran..