tambah wang dengan zalora KLIK

Thursday, May 5, 2011

cuti- Kota Kinabalu 30 April 2011 - day 1

Alhamdulillah.... semalam aku dan en suami selamat sampai LCCT dengan selamat walaupun kami berdua sebenarnya sesangat letih macam nak demam. Semuanya gara-gara nak melengkapkan semua destinasi yang kami listkan d KK. Tapi percutian kali ini betul2 menguji kesabaran mental dan fizikal kami berdua. Tambah2 cuaca tak menentu dan jarak waktu lebih cepat mengspoikan sedikit percutian kami kali ini.

Namun semuanya dah berlalu dan aku sudahpun berada di depan komputer ni... kira setting kepala otak aku pun dah semakin ok la tu.......hhaa... Semalam flight pukul 6.50ptg dan 9.15mlm baru sampai d sebabkan cuaca tak berapa elok dan hujan x berhenti. Aku naik flight pun jadi takut2... terkecut, tertegang nk muntah semua ada. Tiba2 ja dalam flight tu rasa sesak nafas, sakit kepala, sempit, semput dgn macam2 lah....



 



 







Percutian aku kali ini sangat2 adventure. Dengan memandu sendiri dan berpandukan peta kami bergerak berdua ke setiap destinasi yang aku selidik2 dari kawan2. Ikutkan kalau pergi bercuti beramai2 lagi best lebih happening dan lebih menjimatkan wang. Tapi kali ini hanya kami berdua sahaja. Cuma hari pertama sampai aku plan nk ke pulau tetapi d sebabkan cuaca hujan kami terus tukar plan pergi ke Kundasang untuk melihat gunung Kinabalu dan bermalam d sana utk 1 hari.

Laluan ke Kundasang macam laluan nak ke Cameron Highland. Tapi jalannya lebih lebar tetapi berkabus. Aku perhatikan d KK ramai yang menggunakan 4-wheel drive. Senang sikit mereka lanyak kereta memanjat bukit. Kami berdua bergerak menggunakan peta saja. Lagipun kami dah tahu arah yang nak d tuju. Kami sewa kereta saga untuk 2 1/2 hari.

Dalam 1 jam 30minit or lebih sikit kot....kami sampai d Kinabalu Pine Resort. Lepas2 check-in kami pun berehat2 dulu. Ingatkan nak rehat sekejap lagipun kami berdua demam tiba2 mungkin d sebabkan perubahan cuaca. Bila jam dah pukul 5 ingat nak start meronda tapi cuaca dah semakin gelap. Jadi kami sekadar ambik angin anjung resort aja..

Lepas magrib kami gerak ke kedai makan d Ranau. Was2 juga kami mencari gerai makan d Ranau di sebab rata2 orang di sini penganut kristian. Tapi lepas kami lihat gerai tu tulis makanan muslim dan pekerjanya yang bertudung dan ramai orang melayu makan d gerai tu jadi menu kami utk malam ini nasi goreng biasa RM4 + telur dadar RM2 + air teh o ais RM 1.80. fuhhh... mahai jugak makanan kat sini dah la dalam hutan belentara lak tu... apa2 pun kasi penuh perut dulu... lain2 belakang kira... rasa masakan sana mana nak sama dengan selera kita... jadi hentam aja la labu.....
Malam tu aku dan en suami makan panadol + 100 plus siap2 untuk persediaan hari esok. Kalau x sihat camna nk jalan2...kang dah rugi percutian kami ni...

 




5 comments:

amirul said...

singgah...

dalila said...

@amirul
jemput2...

Lorem said...

hello, may i know how do you rent the proton saga in kk? do you have the contact number? i'll go kk on mid of june. Thanks~~

dalila said...

@Lorem

Hai Lorem try this no...Steven 019-5331969 / 014-6589486

Lorem said...

thank you very much, dela~