tambah wang dengan zalora KLIK
Showing posts with label supplement vitamins. Show all posts
Showing posts with label supplement vitamins. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

Set Suplement Skincare - Shaklee




Akhirnya dah sampai set suplement Skincare, Shaklee yang aku oder 2 hari lepas kat office. Setelah tercari2 suplement untuk kulit akhirnya aku nak mencuba suplement dari Shaklee pulak setelah tengok review blog kawan2 tentang keberkesanan produk ini. Seingat aku dulu arwah mama aku sendiri pernah joint member Shaklee dan mengamalkan makanan tambahan dengan produk Shaklee. Lagipun jenama Shaklee sudah lama berasa di pasaran, cuma aku aja tak terbuka hati nak mencubanya sendiri. Ini pun masih berkira2 nak beli satu-satu atau 1 set terus tapi memandangkan 1 set ni untuk 4 bulan makan jadi aku pun pejam mata sebelah aja la walaupun tergetaq2 nak membayarnya.....hheee. Tapi kalau tak cuba mana nak tahu hasilnya kan?.

Sebelum ini pun beli suplement begini di Farmasi dan Guardian camtu aja la. Shaklee ni macam2 suplement ada untuk sihat dan cergas, untuk ibu2 mengandung, kurus dan macam2 la. Tak mengapa... aku cuba dulu dengan set skincare, nak tengok resultnya nanti lagipun aku dah joint member Shaklee sekali. Jadi kalau ada buget lebih bolehlah mencuba suplemant lain2 pulak. Maklumlah umur pun dah ke angka 3 jadi kenalah menjaga kesihatan dalaman sikit termasuklah kulit. Sebelum ini aku selalu obses dengan set2 kecantikkan luaran dan sekarang baru terfikir untuk serius dengan makanan tambahan untuk diri sendiri pulak. Apa2 pun aku baru nak mencuba produk ini jadi tak sabar nak menunggu resultnya pulak. :)


pppsstt!!!.... sekarang baru nak mencuba, kalau hasil memuaskan Dela akan war-warkan
pada semua.....  nak order produk2 Shaklee dengan Dela pun boleh.... 
sebab dah joint member!! :)

Friday, July 29, 2011

online lagi...


 Hasil rembatan aku beli online. Nak dekat raya2 ni semua benda aku nak sumbat... Kali ni aku mencuba collegen drink ini pulak. Aku beli 3 kotak terus untuk stok sebulan. 1 box ada 36000mg collogen




Wednesday, March 16, 2011

SOFTGEL CAPSULE VCO ( VIRGIN COCONUT OIL )



Sekarang dah sebulan aku mencuba produk SOFTGEL CAPSULE VCO ( VIRGIN COCONUT OIL ) 
ni. Yang paling best jerawat di muka makin kecut malam2 sapu dimuka untuk kecutkan jerawat. Badan aku ni selalu sangat letih2.... tapi dah makan VCO ni nak bangun awal pagi pun  senang dan rasa segar la sikit... Kalau tak bunyi loceng jam tu aku akan off kejap sambung tidur sekittt lagi... letih la..  Tang kurus tu tak ada la kot.... tang lancar pelawasan tu belum lagi..... Aku pun baru mencuba produk ni. Mungkin maintain produk ni lama2 sikit baru nak nampak kesannya....  Lagipun harganya pun murah dan boleh makan setiap hari termasuk hari period. Kira macam stok untuk sebulan la.... en suami pun tumpang makan sekali...








Friday, January 21, 2011

shopping Collogent dan vitamin untuk kesihatan




Hari ini aku ke Guardian beli NH Colla Collagent. Aku ada baca dalam internet tentang cologent ni sesuai untuk kulit kerana kandungan 5000mg collagent. Aku beli dengan harga RM167 dapat 12 botol + 4 botol percuma stock untuk sebulan. Aku tambahkan lagi Vitamin C dgn Multivitamin brand Kordels'. Aku dah nak kena start menjaga kesihatan dan kulit... ya la... umur dah mencecah 30an ni macam2 nak kena prepare untuk kesihatan di masa hadapan. Kalau tak start dari sekarang bila lagi... Aku nak try dulu sebulan vitamin2 yang aku beli ni menampakkan hasil x. Kalau ok bolehlah teruskan maintain saja....




Tuesday, January 4, 2011

Susu EnfaMamaA+








Hari ini aku lunch di Giant , Shah Alam. Sebenarnya aku nak beli susu untuk ibu mengandung di sana. Raya hari tu aku ada pergi mengurut di SP. Makcik yang mengurut tu menyuruh aku minum susu untuk ibu-ibu mengandung. Lepas aku telik2 akhirnya aku mengambul susu brand EnfaMama. Lagipun propoter yang jual susu ni ada cakap yang susu ini tidak mengemukkan dan sesuai juga untuk wanita yang plan nak mengandung. Jadi aku pun beli la perisa coklat. Sedap juga susu ni tetapi aku harap sangat2 susu ini tidak mengemukkan. Ini adalah ikhtiar aku untuk tahun baru.





Tuesday, November 2, 2010

Cocoa Cologent Power Plus - murah dan berkesan untuk aku!!




Aku dah mencuba produk CCPP nak masuk 10 kotak dah pun. Yang pasti kalau minum  CCPP secara berterusan kulit muka kita akan nampak lebih cerah dan rekahan di kaki akan berkurangan.. Kadang2 menyakit lupa menyerang main suka hati ja selang-seli minum. Pernah  jugak 1 hari  tu aku bantai minum sampai 3 paket terus sebab rasa kopi sedap punya pasal. Sepatutnya 1 hari 1 paket sahaja dah memadai.  Lagi satu yang best minum CCPP ni breast dan montot tu rasa lebih anjal sikit hhhee.......  percayalah!!! .Ini testimoni untuk diri aku sendiri la, mungkin kesan untuk pengguna lain takkan sama. Tapi apa2 produk sekalipun kenalah maintain tiap2 bulan baru la nampak kesan hasil yang lebih baik. Aku beli 3 kotak untuk stok sebulan cuma RM50 sahaja sesuai la dengan aku yang baget ciput ni.... :)  Tapi seeloknya time period tak yah la minum ye.....





Saturday, September 4, 2010

Mygirl collagen 5000mg


Mygirl - First Class Marine Collagen 5000mg 
(RM120 - 1 bulan)



Mygirl collagen 5000mg ni aku untuk stok sebulan. Kena bancuh dengan air suam atau 
air sejuk dan kacau dengan sudu plastik sahaja. Untuk minggu pertama kena minum 7 hari 
seminggu. Untuk minggu kedua selang 2 hari dan untuk minggu ke 3 kena selang 3 hari 
dan berikutnya. Kandungan collagent yang tinggi sebanyak 5000mg sebab tu kena jarakkan 
penggunaanya. Minggu pertama pengambilan aku tersangat la suka.. kerana kuku aku 
menjadi putih bersih, cerah. Selalunya ambil masa juga nak nampak kesan. 
Tapi yang ni seminggu dah nampak hasil. Kulit tangan dan muka nampak lembut aja....


 
Hasil penggambilan setiap seseorang takkan sama ye..