Semenjak Padini dah boleh beli online memang suka sangat tengok baju terutamanya untuk anak2 la. Boleh dikatakan setiap minggu ada ja patern baru akan masuk. Sekarang jarang dah beli baju padini kat mall. Beli ja kat website.. jimat masa.. jimat minyak keta. Pilihan pun banyak dari sesetengah mall. Kalau tengok mesti pinaw mata2 tak tahu mana nak pilih.. semua cantik2. Anak girl la katakan.. Baju untuk diri sendiri memang dah jarang sangat membelinya.. Baju anak2 ja sekarang ni.. Besala.. mak mak la katakan... selera dah bertukar..hehee..
Klik untuk ke website padini
tambah wang dengan zalora KLIK
Showing posts with label shopping online. Show all posts
Showing posts with label shopping online. Show all posts
Wednesday, April 4, 2018
Tuesday, September 2, 2014
real technique brushes dengan iherb.com
Sebenarnya dah lama mengidamkan brush makeup RT..
akhirnya tercapai jugak hajat memilikinya dan harga jauh lebih murah dari harga pasaran.
Mula2 takut la jugak nak membeli direct oversea ni...
dengan rasa tak malu bertanyakan Shazwani camna dia dapat membeli dengan jayanya berkali2.
Dela pilih DHL untuk kurier dengan kos $8 (RM 25.20).
Hari Sabtu order dan hari Khamis tengahari dan sampai.
Boleh guna kad kredit dan Debit Kad... tapi Dela guna DK.... tak berani la guna KK
nanti shopping laju tak hengat dunia lak....:)
log-in sahaja ke www.iherb.com dan pilih top countries Malaysia dan semua senarai
harga barangan akan di convert dalam Ringgit Malaysia siap2.
kalau berani cubalah beli
bukan brand RT aja yg jual...mcm2 lagi brand yg ada
:)
Kalau ada yang nak mencuba beli dari i-herb bolehlah gunakan code ni
http://www.iherb.com?rcode=TSD787
ada discount untuk pembelian lebih dari $30

fresh dari kotak :)

antara koleksi brush RT Dela
blush brush
powder brush
core collection
travel essentials

jauh kan perjalanan brush ni nak sampai ke Malaysia....
hari2 tengok DHL tracking ... hhee
Kalau ada yang nak mencuba beli dari i-herb bolehlah gunakan code ni
http://www.iherb.com?rcode=TSD787
ada discount untuk pembelian lebih dari $30
Labels:
makeup,
shopping online
Friday, December 27, 2013
first time shopping zalora.com

Minggu lepas ronda2 sunway pyramid singgah kejap ke vincci... tersuka pulak kasut ni... tapi x da saiz Dela la .... balik rumah terus buka internet cari kasut ni di zalora.com ..... memang rezeki Dela kasut ini ada jual online dan ada saiz Dela... cuma kasut ni kalau beli di butik vincci ada discount 20%. Zalora.com x da discount da....:( tapi beli la jgak sebab suka dgn color n patern begini.
Labels:
shopping online
Friday, February 8, 2013
susah nak direct breastfeeding
Sedih la bila fikir2 balik sampai sekarang anak Dela tak boleh lagi direct breastfeeding. Sewaktu Dela masuk hospital Dela tak bawa anak tinggal hospital sekali. Dela sakit tak boleh nak jaga diri sendiri sebab tu tak dapat bawa Nur Ameera Damia ... hanya pamkan susu dan suami Dela akan ambilkan hari2. Lepas 2 minggu keluar hospital Dela masih lagi tak boleh direct breastfeeding sebab masih sakit bahagian luka jahitan dan tak boleh banyak bergerak.... bila ajarkan minum direct selalu baby Dela menolak dan nangis2.... Mungkin dah terbiasa minum guna botol jadi baby Dela mungkin keliru puting. Hari2 Dela akan pam susu dan masukkan ke dalam botol untuk di beri kepada babysitter sebelum ke tempat kerja. Pam susu pun Dela akan bawa sekali ke tempat kerja untuk perah disana. Alhamdulillah... selepas urut dan makan supplement shaklee susu bertambah banyak tapi Dela risau sebab anak Dela sudahpun 3 bulan tapi masih tak boleh direct feeding lagi. Orang cakap kalau jarang direct breastfeeding, susu akan berkurangan... namun Dela masih lagi berusaha ajarkan Nur Ameera Damia direct breastfeeding tak mahu mengalah! :)
Doakan Dela ye.... terima kasih
Avent shape baru beli
SINI
klik, klik , klik ,
Doakan Dela ye.... terima kasih
SINI
klik, klik , klik ,
Labels:
coretan,
shopping online
Sunday, February 12, 2012
Aquara Spray dan Giffarine stick
Giffarine stick foundation
Aquara Spray 200ml
Dela nak share petua untuk make-up tahan lama. Sebelum ni selalu guna MAC Fix + Skin Refresher And Finishing, tapi tak la mengspray kerap2 sangat nk jimat la katakan....... hheee memandangkan harganya pun boleh tahan mahal sikit jadi aku pun menerai Aqua Spray. Memang akan terasa kelainan bila menggunakan spray ini, make-up lebih tahan lama dan menyegarkan kulit muka tambah2 lagi harganya jauh lebih murah dari MAC. Guna sebelum make-up dan selepas make-up.... jarakkan dan spray terus ke muka. Lepas 3-4 jam aku akan spray lagi kalau rasa kulit muka tu kering..... maklumlah harga pun murah, jadi aku main spray la lebih kerap sikit........ Begitu jugak dengan Giffarine foundation stick, hasil gabungan kedua2 produk ini memang make-up akan lebih tahan lama dan flawless....
Nak tahu lebih details tanyalah
SINI
Nak tahu lebih details tanyalah
SINI
aku masukkan ke dalam botol spray yang lebih kecil
senang di bawa ke mana2 saja... :)
Apa2 produk sekalipun ikut kesesuaian kulit masing2
TQ
Sunday, February 5, 2012
Miss Rose eyeshadow - hasil rembatan :)
Miss Rose 80 Color & 3D
Tak la pandai sangat bermake-up2 ni
tapi memang rambang mata tengok barang2 make-up.
harga murah dan warna2 yang menarik, pekat dan tahan lama.
Tahun bila nak habis pun x tau.... hhhee...
Tahun bila nak habis pun x tau.... hhhee...
Cubalah sendiri.
Beli dari
Labels:
makeup,
shopping online
Friday, November 18, 2011
Softfea Orange Fiber Diet Drink - testimoni
Ini testimoni aku sendiri untuk Softfea Orange Fiber Diet Drink. 1 kotak jual RM 49.90. Aku minum softfea nak masuk 2 kotak dah pun. 1 kotak ada 10 paket. 1 hari minum sekali cukup la dan banyakkan minum air kosong. Macam aku ni tak tahu la nak describe lemak degil ketegori mana tapi adalah jugak turun 3 kilo. Bila tengok cermin macam biasa ajala.... tak nampak perubahan pun tapi bila timbang ada la sikit penurunan tu. Bukan senang nak kurus kalau asyik melantak tak hengat pastu kurang exercise pun ya jugak.... Tapi selera makan tu memang membuak2 semenjak makan macam2 ubat time buat IUI 2-3 tahun lepas. Jadi sekarang aku pun cari la alternative lain nak kuruskan badan. Kalau minum nak terkucil tu kerap sikit dan pembuangan pun lancar setiap hari tanpa ada rasa sakit2 atau pening2. Macam aku selalu mencuba produk2 pelangsingan terutama untuk lancarkan sistem pencernaan. Selalunya produk2 lain yang pernah aku cuba ada rasa sakit pening sikit time mula2 pengambilan pastu time sakit perut nak ke toilet macam ribut taufan..... hha...hha.... Tapi Softfea Orange ok ja...... sebab hari2 akan masuk toilet tanpa ada rasa sakit perut memulas-mulas atau rasa sakit kepala. Rasa oren pun sedap, tak ada rasa pelik2 pun. Aku pun beli online kat adik Junina tak tahulah dia masih jual atau tak. Haritu aku beli simpan aja sebab nak menghabiskan stok lain yang tersimpan hhee...
Apa-apa produk pun ikut keserasian badan masing2 ye!!!
ini testimoni dari aku dan tidak menjualnya okey
Friday, July 29, 2011
online lagi...

Hasil rembatan aku beli online. Nak dekat raya2 ni semua benda aku nak sumbat... Kali ni aku mencuba collegen drink ini pulak. Aku beli 3 kotak terus untuk stok sebulan. 1 box ada 36000mg collogen.

Thursday, July 28, 2011
Oslee BB Cream

Ni hasil rembatan aku jugak.... sebenarnya aku dah beli 2 bulan lepas lagi.. cuma nak bagi review produk
ni sahaja. Selepas try selama 2 bulan mungkin BB cream ni kurang sesuai untuk kulit muka aku ni jerawat halus2 keluar!!!.. aahhhhh!!! mungkin kulit muka aku ni kurang sesuai produk2 jenis BB Cream kot...
tahun lepas try skin 79 pun jerawat muncul tanpa segan silu!!... tapi review dari kengkawan ok produk ni... Kalau setakat ke office aku jarang pakai foundation sekadar BB cream ataupun moistorizer + bedak simple2 sahaja . Nasib baik aku cuma beli trial set sahaja. Sebenarnya apa2 produk pun ikut kesesuaian kulit masing2. Aku kan suka mencuba.... x cuba x tau hasil.... Yang ni aku beli 1 set cuma RM30 ada 3 barang
dalam 1 kotak kecik. Untung pulak beli online siap dapat discount sekali dapat 1 extra produk!..
dalam 1 kotak kecik. Untung pulak beli online siap dapat discount sekali dapat 1 extra produk!..
kempen promotion set setiap bulan x sama. Kat guardian pun ada jual Oslee BB Cream.
nak cuba?
klik sini
Labels:
makeup,
shopping online
Wednesday, July 20, 2011
Syiria Stripe


Akhirnya sampai juga syiria stripe cotton aku...
kali ni menambah koleksi untuk tudung jalur2 pulak.
Selalu beli corak bunga2 or plain kali ini saja nak mencari kelainan.....
macam2 color ada sebenarnya tapi x da stock la pulak!!!.
aku beli online kat Aked Tudung
rasa2 x sempat tunggu raya aku rasmi dulu..
:)
Labels:
shopping online
Sunday, July 17, 2011
shopping tudung
Minggu ni aku shopping tudung online kat FB. Lama rasanya x shopping online ni...
bukan apa.... berhantu sikit beli online ni.... duit keluar macam air ja beli barang itu ini guna online ....
bila barang2 sampai baru sedar banyak jugak barang aku shopping dengan dok mengklik klik mengadap laptop ni...... menyesal seketika macam membazir beli banyak2 tapi bulan depan buat lagi.... macam ketagih pulak beli barang2 online ni... Kat office kalau currier sampai hantar barang dah tau sapa yang punya.... hhaa... tambah2 nak masuk bulan puasa dan nak raya nanti lagi la ketagih aku dok mengadap laptop ni.... kadang2 naik berpinau mata2 tengok tudung2, baju2, produk kecantikkan macam2 ada..... selagi x beli hati ni dok meronta2 bila nak beli2.... tidur pun susah... kerja pun x boleh nak concentrate .... .hhaaiii mau aku x kata berhantu!!!... semuanya cantik2 belaka... tang harga dah tentu kita nak cari harga yang murah!!.. Cuma aku terperasan tudung2 ni sama ja yang di jual kat jalan TAR tapi harga aaadduuuyyaiiii.... ada yang jual murah... dan ada yang letak harga mahal!.... macam selendang polkadot tu aku pernah nampak kat jalan TAR cuma RM10 ja.... tapi kat online ni ada yang jual sampai RM25.... beza gila tu... untung berberganda2. Nak kata jahit sendiri x mungkin la selendang kedut2 camtu diorang jahit melainkan tudung mungkin mereka ada tailor sendiri. Tapi nasib baik aku beli shawl polcadot tu cuma RM12 sahaja.... inner neck denim aku beli online dan inner neck syiria aku beli kat pasar karat stadium Shah Alam sahaja.... ok!! cukup2...no more shopping lagi....
bila barang2 sampai baru sedar banyak jugak barang aku shopping dengan dok mengklik klik mengadap laptop ni...... menyesal seketika macam membazir beli banyak2 tapi bulan depan buat lagi.... macam ketagih pulak beli barang2 online ni... Kat office kalau currier sampai hantar barang dah tau sapa yang punya.... hhaa... tambah2 nak masuk bulan puasa dan nak raya nanti lagi la ketagih aku dok mengadap laptop ni.... kadang2 naik berpinau mata2 tengok tudung2, baju2, produk kecantikkan macam2 ada..... selagi x beli hati ni dok meronta2 bila nak beli2.... tidur pun susah... kerja pun x boleh nak concentrate .... .hhaaiii mau aku x kata berhantu!!!... semuanya cantik2 belaka... tang harga dah tentu kita nak cari harga yang murah!!.. Cuma aku terperasan tudung2 ni sama ja yang di jual kat jalan TAR tapi harga aaadduuuyyaiiii.... ada yang jual murah... dan ada yang letak harga mahal!.... macam selendang polkadot tu aku pernah nampak kat jalan TAR cuma RM10 ja.... tapi kat online ni ada yang jual sampai RM25.... beza gila tu... untung berberganda2. Nak kata jahit sendiri x mungkin la selendang kedut2 camtu diorang jahit melainkan tudung mungkin mereka ada tailor sendiri. Tapi nasib baik aku beli shawl polcadot tu cuma RM12 sahaja.... inner neck denim aku beli online dan inner neck syiria aku beli kat pasar karat stadium Shah Alam sahaja.... ok!! cukup2...no more shopping lagi....
tunggu gaji pulak la jawabnya...!!!
tapi rasa2 minggu depan ada lagi 1 currier nak datang!
:)
tapi rasa2 minggu depan ada lagi 1 currier nak datang!
:)
testing2!!! oo memag bulat muka aku ni!!
Labels:
shopping online
Tuesday, March 22, 2011
Shading brush & Blending brush
Kali ni aku menghabiskan duit poketku yang tinggal tak seberapa sen lagi dengan mengorder 2 batang brush untuk shading rm39 dan bending rm29. Akhirnya dapat juga aku beli 2 jenis brush ni dengan online. Susah nak dapat brush yang jual asing2 camni..... bila menggunakan brush yang betul baru la eyes shadow kita akan nampak lebih kemas dan tak berbelang. Sapu eyes base atau conceler dahulu dan barulah ke step eyes shadow untuk effect warna lebih terang dan tahan lama. Kalau untuk tool make-up aku akan beli biar lengkap. Ketegori cerewet jugak ni tapi sampai gila make-up tu tak ada lah sangat pun. Sikit2 ja...
beli Sini
beli Sini
Labels:
makeup,
shopping online
Wednesday, March 16, 2011
SOFTGEL CAPSULE VCO ( VIRGIN COCONUT OIL )

Sekarang dah sebulan aku mencuba produk SOFTGEL CAPSULE VCO ( VIRGIN COCONUT OIL )
ni. Yang paling best jerawat di muka makin kecut malam2 sapu dimuka untuk kecutkan jerawat. Badan aku ni selalu sangat letih2.... tapi dah makan VCO ni nak bangun awal pagi pun senang dan rasa segar la sikit... Kalau tak bunyi loceng jam tu aku akan off kejap sambung tidur sekittt lagi... letih la.. Tang kurus tu tak ada la kot.... tang lancar pelawasan tu belum lagi..... Aku pun baru mencuba produk ni. Mungkin maintain produk ni lama2 sikit baru nak nampak kesannya.... Lagipun harganya pun murah dan boleh makan setiap hari termasuk hari period. Kira macam stok untuk sebulan la.... en suami pun tumpang makan sekali...
Thursday, March 10, 2011
Highlight & Shading Powder
Aku beli powder ni dengan frendlist dalam FB... saja suka2 konon nak memancungan hidung dan bujurkan bentuk muka. Walhal bentuk muka aku dan tentu2 bulan nak bujur camna lagi pun tak tau la. Warna untuk pallet ni sedikit pekat jadi kenalah rajin blend blend blend sampai rasa balance kedua-dua belah pipi. Seeloknya gunakan brush menyerong. Aku pun masih belajar menggunakan teknik camni saja gatal tangan. Sekurang-kurangnya aku mencuba teknik2 baru dalam ilmu make-up2.. ilmu?
Labels:
makeup,
shopping online
Saturday, September 4, 2010
Mygirl collagen 5000mg
Mygirl - First Class Marine Collagen 5000mg
(RM120 - 1 bulan)
Mygirl collagen 5000mg ni aku untuk stok sebulan. Kena bancuh dengan air suam atau
air sejuk dan kacau dengan sudu plastik sahaja. Untuk minggu pertama kena minum 7 hari
seminggu. Untuk minggu kedua selang 2 hari dan untuk minggu ke 3 kena selang 3 hari
dan berikutnya. Kandungan collagent yang tinggi sebanyak 5000mg sebab tu kena jarakkan
penggunaanya. Minggu pertama pengambilan aku tersangat la suka.. kerana kuku aku
menjadi putih bersih, cerah. Selalunya ambil masa juga nak nampak kesan.
Tapi yang ni seminggu dah nampak hasil. Kulit tangan dan muka nampak lembut aja....
Hasil penggambilan setiap seseorang takkan sama ye..
Subscribe to:
Posts (Atom)

