
Ini wish besday dari en suami untuk aku. Alhamdulillah... hari ini genap usiaku yang ke 32 ye... bukan 23 tahun...... umur pun tak berapa nak muda dah pun.... Alhamdulillah walaupun umur semakin meningkat layanan suami dari dulu hingga sekarang tak pernah berubah. Sentiasa di sisi sebagai kawan, sahabat dan juga suami yang sangat penyabar dengan kerenah aku yang tidak menentu atau kadang-kala "mereng". Terima Kasih juga kerana menjadi pendengar yang setia setiap kali aku dalam keadaan tension bila ada mulut2 orang yang memperkatakan tentang kekurangan family kita malah x pernah merungut langsung. Macam2 ujian, pengalaman dan cabaran hidup terjadi dalam hidup aku namun suami sentiasa menemani tika suka dan duka. Kalau ada yang bertanya apakah permintaan untuk birthday aku kali ini dah tentulah cahaya mata!!!! seperti tahun2 yang lepas sentiasa setia menunggu tanpa pernah rasa jemu walaupun kadang-kala cepat terasa hati bila ada yang menyindir namun belum rezeki kami tapi aku dan suami sentiasa berdoa dan berharap impian kami akan menjadi kenyataan suatu hari nanti. InsyaAllah.
pppsstt....... syg sgt en suami walaupun dia tak pernah ambil tahu pun pasal blog aku ni.
wajah hepy nak menerima hadiah besday!! yeh
Alhamdulillah..... setiap kali besday dan hari ulangtahun perkahwinan en suami tidak akan lupakan hadiah untuk aku. Kadang-kala aku sendiri dah tak tahu apa yang nak di minta. Jadi en suami suggestkan ke sini.. jadi ambik la yang mana termampu... tak ada la yang mahal2 pun... janji ada hadiah sebagai tanda ingatan. Itu sudah memadai....
kalau masuk kaunter cosmetic muka mau ceria ookkeyyy
rasa2 dah lama tak ke kaunter makeup ni... jadi rembat 2 barang
untuk menambah koleksi almari makeup aku
untuk menambah koleksi almari makeup aku
Alhamdulillah...... ini rezeki besday aku untuk tahun ini...



