tambah wang dengan zalora KLIK
Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Monday, February 5, 2018

jalan-jalan sekejap





nak beli apa ye...
kengkadang bila kita nak shopping.. si kecik ni pun nak barang jugak.. :(

Saturday, April 12, 2014

cheese kek leleh ..hhmm.....

 Balik kampung lepas sempat order kek cheese leleh dari kawan... dia buat bisness kek sekarang ni...
saja nak merasa kek kawan2 masak... nak support kawan2 berniaga la katakan.... dia pun ada buat servis penghantaran percuma sekitar area Sungai Petani, Kedah.

nak order???





Sekian








Friday, November 22, 2013

setahun sudah usia saya!

Alhamdulillah.... kini anak mama sudahpun genap setahun pada 16 Nov lepas. Dela hanya sambut sikit2 ja bersama adik2 Dela. Kejap ja masa berlalu... pejam celik pejam celik dah setahun....  macam2 ragam anak mama ni. Dela sambut besday di rumah adik yang no 3. Terima kasih jua untuk adik no 2 n family sudi datang jauh2 dari Penang untuk sambut besday anak Dela. Dah lama teringin nak merasa saat2 meriah macamni.

  Lama mama tunggu kelahiran anak mama... sedar2 dah setahun... Alhamdulillah... syukur Ya Allah.... kini aku merasa jua bagaimana rasanya menjadi seorang ibu. Walaupun bersengkang mata... walaupun tidur terganggu... walaupun tak cukup rehat... walaupun terpaksa kurangkan aktiviti jalan2 buat sementara waktu untuk beri keselesaan dan tumpuan si kecil ini... namun aku bersyukur dengan rezeki yang aku miliki sekarang ini...Alhamdulillah!
Mama doakan anak mama sentiasa sihat, ceria dan menjadi anak yang solehah dan dapat membahagiakan mama dan abah dunia akhirat kelak... amin!

Inilah muka ceria anak mama Nur Ameera Damia 


testing2 dengan set piano... kakak Arissa punya... hhuu..


mama sayang kedua-duanya


Sambut besday di luar pulak


Nur Ameera Damia bersama sepupu




Sekian









Monday, March 12, 2012

breakfast nasi lemak



Pagi ini sempat dating breakfast nasi lemak daun pisang & teh tarik di Ani Sup Utara dengan suami. Dah lama rasanya tak makan nasi lemak daun pisang teringin la pulak. Jadi jemput makan semua... :)


Klik SINI & SINI

TQ

Saturday, February 25, 2012

akhirnya aku miliki passport



Akhirnya aku memiliki passport jua ....... macam chewi pulak menayang kat orang pasal passport. Walhal orang lain tiap2 bulan keluar masuk Malaysia makan angin relex aja kan. Tak mengapa rezeki masing2 kan. Iya la memang exited terlebih la sikit........ dah tua2 bangka ni baru berpeluang jalan2 luar Malaysia. Abaikan aku yang terover ini hheee....
Nak buat passport kat imegresen punya la seksa lamanya. Dari 7.50 pagi menunggu 4.45 petang baru la selesai. Minta masuk kerja half day terus kena apply cuti sebab nak settle semua urusan sampai siap!!. Punyalah ramai kena beratur panjang pastu ada adegan gaduh2 antara staff imegresen dengan pelanggan, pastu ada jugak staff imegresen kena marah dengan pegawai depan2 kami semua memang tak patut la mereka tunjukkan kelemahan mereka ni depan orang ramai, siap menangis pegawai pendaftaran tu memang kesian mesti malu gaban dia.
Tak mengapa.... yang penting passport aku sudah siap... tinggal nak penuhkan tabung untuk jalan2 aja belum cukup tebal lagi.... sekarang masih menunggu surat pelepasan majikan en suami...... biasalah kerja gov ni ada prosedur2 yg nak kena follow. Cuti2 kami ni tak ada aktiviti mengshopping2 sakan pun.... sekadar jalan2 tengok tempat orang.  Maklumlah orang exited beginilah ropenya.....  riuh 1 Malaysia  :)  jangan mare.... hheee



p/s!!!.. InsyaAllah jika ada rezeki sampailah aku ke Shenzen dan Hong Kong.
anniversary in advance ....hheee


Jom joint
Blin.gd
Churp Churp

TQ



Monday, February 20, 2012

ziarah kawan di Hospital Serdang



Sabtu lepas berkesempatan melawat kawan en suami yang excident. Keadaan kawannya sangat kritikal dan masih tidak sedarkan diri di wad ICU. Aku sempat berbual dengan ibu dan isteri kawan suamiku itu, sedih bila dengar cerita dari mereka dan aku tak dapat nak bayangkan bagaimana cekalnya hati isterinya menerima khabar duka tentang keadaan suaminya yang tidak akan seperti dulu lagi. Suaminya mengalami kecederaan yang sangat teruk dan berkemungkinan lumpuh. Lebih memilukan mereka baru saja dikurniakan anak yang masih kecil. Tak tertanggung rasanya dugaan yang dihadapi keluarga mereka ini. Apa yang aku harapkan semoga isteri kawan suamiku itu tabah hadapi dugaan hidup yang hebat dan cekal  membesarkan anak mereka.
Perjalanan hidup kita masih panjang dan kita sendiri tidak tahu apa akan terjadi esok lusa. Aku sendiri terfikir bagaimanakah masa depan aku suatu hari nanti. Hanya suami tempat aku bergantung kasih setelah ketiadaan kedua orang tua tambahan pulak aku belum dikurnaikan cahaya mata, terbelakah nasib hidup aku suatu hari nanti. Bukan minta simpati cuma sekadar terkenangkan nasib diri di kemudian hari. Macam2 benda yang aku fikirkan dan bermacam2 perkara terjadi sekeliling aku sekarang ini. Tapi kita hanya merancang, Allah swt yang mengetahui segala-galanya. Kita hanya mampu berdoa agar dilindungi dari segala kesulitan dunia dan akhirat. 



Jom Klik

SINI, SINI, dan SINI


TQ




Thursday, February 9, 2012

ronda2 dengan topui

Kebetulan adik pompuan dah datang rumah separuh hari asyik bergosip sakan sempatlah juga aku mengasuh si topui Hazim (gelaran en suami) walaupun sekejap, letih tapi memberi pengalaman yang berharga dalam hidup aku. Nak ambik feel la katakan.... hhee. Macam2 ragam si Hazim ni... sekejap nangis sekejap ok dan macam2 la.... yang paling tak tahan apa yg kita makan semua dia nak sumbat mulut sekali. En suami pulak lebih melayan si Hany anak sulung adik pompuan aku. Petang2 sikit baru la kami keluar ambik angin &  window shopping dan bawa anak saudara main2 sekali. Diorang pun datang sekejap aja... tidur semalam.... mana sempat nak bawa jalan ke mana pun. 


penat berjalan berehat seketika
Mak Long nak bawa jalan2 topui tertidur pulak
apa la.....


en suami dan Hazim

 topui suka pandang kamera


delivery Dominos


jemput makan


P/s: rindu la pulak si topui comel!!! :(


Klik
SINI
SINI
SINI
SINI

TQ






Monday, February 6, 2012

BBQ yang tak menjadi


Cuti Maulidurrasul aku plan nak BBQ & camping di Bagan Lalang dengan kawan en suami. Kami bermalam di rumahnya siap2 di Putrajaya plan malam nanti baru nak gerak ke sana. Lepas perap ayam2 semua kebetulan adik pompuan aku yang tinggal di Penang dah on the way nak datang rumah pulak........ adeh... musnah program BBQ kami. Dia pun x bagitau awal2... dah on the way baru bagitau. Terpaksalah cancel BBQ dan bawa semua bahan2 BBQ balik rumah aku aja... nak bakar2 sini hujan la pulak, jadi resepi ayam goreng ajalah jawabnya. Memang frust la plan yang dirancang awal2 tak menjadi. Kesian kawan en suami rasa bersalah sangat2 dengan mereka. Cuma lain kali perkara sebegini tak patut terjadi lagi. Memang tension, memang kelam-kabut, frust gila. Apa2 pun keutamaan orang jauh lebih penting. Bila lagi nak jumpa adik-beradik.... terkejut tergempar sekalipun pun aku still happy menyambut kedatangan mereka terutama sekali SI TOPUI Hazim




adeh... geram tgok muka Hazim ni... senyum apa stail ni
letih tapi best... boleh kuruih
Mak long mengasuh



anak saudara aku dengan anak kawan
en suami, Aleesya






Monday, December 26, 2011

cuti krismas ke Bangi

Cuti2 Krismas ni tak tahu nak bercerita apa... lagipun ramai yang balik kampung cuti panjang.
Semalam duduk rumah sahaja mengemas apa yang patut, basuh baju, lipat kain yang menggunung,
mop lantai, pastu makeover blog sikit dan macam2 lah....  Lagipun en suami bekerja jadi masak,
makan, tengok tv dan tidur ja kerja aku.
 Sepatutnya hari ni nak gerak ke Seremban rumah kawan en suami makan2 durian tapi disebabkan ada urusan di Bangi terpaksalah cancel lagipun plan nak ke sana tertangguh banyak minggu dah pun.  Alhamdulillah.... dah buat temujanji semalam jadi hari ni pagi2 lagi dah gerak ke sana atas urusan usaha & ikhtiar kami untuk mendapatkan BB. Balik dari Bangi temankan en suami ke tempat kerja sekejap ada urusan yang nak disettlekan dengan kawannya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Malam baru keluar makan2 di Mc'D dapatla merasa prosperity burger...hhee.....
dah makan belum? cepat2 la ke Mc'D :)
jemput makan!!





Tuesday, November 29, 2011

spend quality time di Wendys

layan gambar


jemput makan




Semalam cuti2 tak tahu nak jalan mana pastu boring tahap gaban jadi kami berdua lepak2 sekejap di Wendys Giant, Kota Damansara untuk minum petang. Kami makan menu simple2 ja.... isi masa terluang borak2 sikit pastu gosip2 pasal isu terkini orang2 sekeliling kami hhhaa.... Walhal baru ja lepas makan tengahari di rumah. Saja spend quality time dengan en suami yang akan berkursus selama 4 hari di hotel area KL bermula hari ini sampai Jumaat nanti. Macam la KL tu jauh sangat yekkk....... balik makan tengahari pastu gerak balik ke hotel pun sempat. hhee...... saja isi masa terluang berdua di luar. Lagipun mood makan pun ada pastu perut pun macam boleh di isi lagi jadi aku sumbat la sikit sementara menunggu hujan berhenti.







Friday, November 25, 2011

cerita makan malam




chicken pepperoni 


meat mania


Penghuni rumah semua tak tahu nak makan apa untuk malam ini pastu ada yang teringin makan pizza pulak. Ikut hati nak makan pizza hut ja lagipun nak cuba menu pizza yang baru sedap atau tak. Tapi susah la kalau majority semua nak makan dominos jugak. Tak dapat la makan2 di pizza hut dan terpaksalah order dominos jugak tak tahu tahap ulangtayang yang ke berapa kali dah pun......hhee...hhee...... jadi ini menu makan malam kami.  





Wednesday, October 12, 2011

tak sihat!!!!

gambar dari google


Minggu lepas dah 2 hari aku MC sebab demam. Masuk hari ni dah 5 hari badan rasa x sedap ja tambah dengan sakit perut, sakit kepala pun x surut2 lagi... rasa badan aku ni penuh dengan ubat !!!  Petang semalam en suami bawa meronda2 ambik angin luar sebab aku bising2 sakit kepala x hilang2... Kemudian cari air kelapa muda nak buang sisa2 ubat berlebihan pun tak hilang2 sakit kepala aku ni. 
Hari ni masuk kerja pun tak ada mood. Mood makan pun tak ada!!!  Boleh la kurus sikit la kot???... Tension tul kalau nak start kerja kepala pun pening2 lagi... Kalau nak tambah mc mau dapat surat cinta lak dari bos aku nanti... hujung2 tahun camni mc memanjang pun susah la jugak nanti. Reputasi pun nak kena jaga ma.......:)




Tuesday, July 26, 2011

breakfast Ani Sup Utara








Tadi sebelum masuk office berdatting breakfast dulu dengan en suami. Teringin sangat makan nasi lemak daun pisang... kat area rumah aku yang ni ja la dekat!!! tapi 20 minit jugak le.... sini time pagi2 ada jual nasi lemak bungkus daun pisang RM1.50 sebungkus. Tengahari ada jual nasi putih , pelbagai jenis sup daging dan bihun sup kuning macam stail utara. Sup tu  x da la sedap sangat... boleh makan la...
pak aji lebih sgt kot... aku ni kalau makanan taruk ajinomoto lebih2 ni
x berapa suka sangat.


Saturday, July 23, 2011

shopping pra raya 2011








Hari ni aku n en.suami jalan2 window shopping barang2 rumah untuk pra-raya... tu diaaa... puasa pun belum dah pepare pasal pra raya lak... Pusing2 n ronda2 4-5 kedai perabut rembat rak TV untuk digantikan dengan yang lama yang sememangnya menunggu masa nak roboh ja....... pastu ke ikea beli coffee table lak... sebenarnya dah lama aku nak beli coffee table ni... cuma kat ikea selalu sangat x da stock warna putih... nasib baik kali ni dah ada... Sengaja nak buat perubahan hiasan dalam rumah sikit... Sebenarnya selalu jugak aku ke sini kalau setakat beli hiasan murah2 aku akan ke ikea... paling suka tengok deco2 yang mereka hias... boleh dapat cetusan idea kalau jalan2 dalam tu... X semua barang kat situ mahal2... kena pandai2 pilih la... aku sekadar beli lampu2, hiasan2 kecil rumah, carpet, cermin dan lain2 pekakas dapur boleh lagi la .......
yang lain2 tu...... sekadar nengok2 ja la.. :(





Tuesday, July 19, 2011

nak bersukan futsal?








Hari ni aku , en.suami & adik jalan2 Al-Ikhsan plan nak beli kasut futsal. aaishh... macam x percaya ja aku nk kena meneman en suami belikan kasut futsal coz ada tournament kat tempat kerjanya.... Minggu lepas dia buatkan aku terkejut besar jugak coz joint game pingpong. Kali ini nak main futsal pulak lagi la menambahkan kehairanan aku ni..
En suami aku ni bukannya jenis suka bersukan sangat pun... sukan gitu2 ja la.... nak kata jenis peminat fanatik bola or lain game rasa2 aku x da 1 pun.... lenguh la... sakit kaki la... sakit badan la... x suka peluh2 la...mcm2 alasan x logik yg dia bagi... dari dulu aku tahu sangat sikap pelik en suami aku ni...
Tapi memang terbalik dengan aku ni. Waktu sekolah aku memang suka bersukan.
Macam2 game aku joint waktu sekolah bola jaring, 4 x 1, 4 x 4 acara padang dan macam2 la... cuma sekarang ni ja aku terpaksa kurangkan aktiviti sukan ni2 oleh sebab2 tertentu jadi jangan tanya kenapa berat aku makin naik menjadi2 sekarang ni... hhaa..ha... tambah2 dapat suami yang sangat2 pandai memilih kedai makan..... alahaiii....... alamat x da harapan la aku nak kurus macam dulu balik... :) ( salah orang lain lak!!!)
En suami ni kalau ajak jogging macam2 alasan la dia akan bagi time tu jugak la macam2 penyakit dia nak mai!!!... tapi kalau game kat laptop ni...aai... x tidur sehari pun x pa.... dok mengadap benda alah ni ja... tapi sebagai isteri tiba2 dia nak bersukan real punya jadi aku kena la bagi full support.... jadi kena la meneman beli accesori sukan untuknya.... gaya kena ada tu.... pandai main ka lain2 belakang kira...hha....... menang kalah x penting janji en suami nak berubah.... walaupun aku tahu mesti ada kawan2 yang perli nanti tapi aku x kisah sangat pun tapi harap minat bersukan ni berpanjangan la.... x mau la sekejap2 aja... :) bagi chance la sikit!!
Bukan apa kadang-kadang aku nak juga lakukan aktiviti luar dengan kawan2... baru la terbuka sikit kepala otak aku ni... boring jugak asyik rutin harian yang sama ja aku lalui hari2... sekali-sekala ubah angin sikit... :) Aku pun suka en suami bersukan ... baik untuk kesihatan.
Kasut x da saiz pulak... esok ronda2 lagi..!! seronok betul boleh window shopping sekali!

Monday, April 18, 2011

mari bersenam







Hari ni en hubby aku main gym kat true fitness, Kota Damansara. Teringin jugak aku main2 kat gym ni nk kuruskan badan aku yang semakin debab ni. Kesan ubat yang aku ambik membuatkan aku cepat betul membesar bagai giant!!!.... x pa la... lagipun atas nasihat doktor aku pun x leh nak buat benda2 berat sangat... ikutkan hati kat gym ni mcam2 benda aku teringin nak main... tapi nk buat camna..... bagi peluang kat en hubbyku saja la yang bergym konon2 nk fit badan....tapi tgok sama ja...klaulah wujud gym yg boleh tambah ketinggian.... hhee.. bolehlah cik abg aku ni tinggi sikit......... hhmmm senang sikit aku nak pkai kasut high heel...hhaaa.... tinggi tara boleh... besaq boleh..boleh...!!!