tambah wang dengan zalora KLIK

Sunday, January 23, 2011

angin petang - padang kota damansara






Petang ni aku jalan2 ke padang Kota, Damansara. Kami lepak2 sambil tengok kanak2 main kt sana sambil makan laksa dgn cendol... Sini tempat lepak kami berdua kalau boring2 kat rumah.... sambil2 tu leh tgok budak2 kat sini... kalau dulu aku selalu ke tasik Shah Alam. Tapi sekarang dah berubah angin ke sini pulak...Teringin rasanya ingin punyai anak sendiri. Namun bukan rezeki kami berdua lagi. Tak tahulah camna rasanya jika punyai anak sendiri nanti. Aku harap tahun ini akan menjadi tahun bertuah untuk aku dan suami. InsyaAllah... Aku tahu aku dan suamiku sudah bersedia manjadi seorang mama dan papa. Tetapi belum rezeki kami lagi.... apa2 pun kami sanggup menunggu.... 
Kadang-kala terfikir juga nak mengambil anak angkat tapi banyak sangat cakap2 orang membuatkan kami berfikir 2 kali... kadang2 orang x tahu camna kehidupan kami kat sini... sunyinya hanya Allah Taala ja yg tahu... Seronok sebenarnya cari rezeki di negeri orang. Aku dan suami rasa lebih berdikari dan tabah menghadapi bermacam2 kerenah manusia di sini. 
Aku sebenarnya x sabar nak menjaga anak sendiri... aku nak melihat camna baby tu membesar depan mata aku.. camna proses baby merangkak... berjalan...tumbuh gigi... mcm2 la... aku nak tengok sendiri semua benda2 tu depan mata aku dan dengan tangan aku sendiri.. aku x mahu terlepas peluang tu smua.. Akan aku jaga sendiri walau sesusah manapun... Aku x mahu tinggalkannya kat kampung....... aku sanggup bersusah2 sendiri membesarkan baby aku walaucamna sekalipun...

No comments: