Thursday, May 23, 2013

mother day vs wedding anniversary in advance

Cerita minggu lepas.... Kami 3 beranak bercuti ke PD. Kiranya ini lah tahun pertama Dela dapat menyambut "hari ibu" bersama anak kami yang genab masuk 6 bulan. Destinasi pertama Dela bawa Damia jenjalan tidur luar. Tak dapat la bercuti lama2 sebab cuti pun dah habis kerap sangat ambik anual leave menjaga Nur Ameera Damia semenjak kena jangkitan kudis buta ni. Suami Dela dah booking siap2 untuk 1 malam di Avillion Admiral Cove, PD untuk sambut mother day vs ulangtahun perkahwinan kami yang ke 10 tahun tahun ini pada 14.5.13 lepas. Pejam celik dah 10 tahun kami bersama... macam2 dugaan dan cabaran kami tempuhi berdua.. Alhamdulillah... kini di tambah pulak penyeri hidup kami Nur Ameera Damia melengkapkan kesunyian kami selama 9 tahun penantian... Syukur sangat2. 

Cuma ada kejadian yang tak dapat di lupakan... Dela terlupa bawakan tilam Damia dan hanya bawa bantal dan selimut sahaja.... Apa lagi... pukul 2 lebih jugak la anak Dela dapat tidur.. menangis tak henti2 tak selesa dengan tempat baru namun akhirnya Damia tertidur jugak munkin sebab letih agaknya. Nasib baik tak ada sesiapa yang complain baby nangis tak henti2. Kalau tak... terpaksa jugak la kami terus balik bermalam di rumah aja la jawabnya.





bilik mengadap laut


abaikan semak2 tu... Hee


suka anak Dela ni main air dengan abahnya


bawa mak saudara n family yg tinggal PD joint kami mandi manda2..
 hhee


kolam renang dewasa... menarik!


mama dan Damia


 
menu breakfast!


hadiah ulangtahun perkahwinan... 
Alhamdulillah... terima kasih buat suami Dela






15 comments:

izan mama mia said...

wah best nyer bercuti,..itulah...kalau dh ada anak..brg anak yg penting sekali nak diangkut sbb anak2 ni ssh nak biasa tempat baru

Alin Marlini said...

Biasala baby x biasa tempat baru..

Tahniah dela smg kekal abadi

Nana Liena said...

selamat hari ibu yea..hehe..best dapat gift.. ^^

Ecah Ecot said...

seronoknyeeee...

ayu said...

Tahniah..selamat ulangtahun perkahwinan

Tihara said...

bestnya celebrate kat pd :)

MulutPayau said...

Selamat ulangtahun perkahwinan dear...sorri lambat datang sini...apapun semoga kbhgiaan berkekalan hingga akhirnya...

QasehnyaRania said...

alhamdulillah.
selamat ulangtahun ye...
tahniah di atas kelahiran damia..
sy nak 6 tahun..
doakan sy pula ye

Rozita said...

tahniah dela...walaupun tunggu 10 tahun utk meraikan hari ibu, akhirnya Allah makbulkan jua doa dela. Satu petua akak nak kongsikan, sebab akak first time bawak anak gi hotel masa umur dia 3 bulan. Ustazah akak suruh amalkan setiap kali nak masuk ke bilik hotel, biar husband masuk dulu, ambik air paip segelas dan bacakan ayat kursi kedalam air tu, pastu renjiskan ke sekeliling bilik tu. Tunggu 2-3 minit, barulah akak dgn anak pulak masuk.Manalah tau...bilik hotel ni kenkadang lama gak tak dihuni org atau pun pelbagai jenis org yang duduk sebelum kita. Alhamdulillah...petua ni akak amalkan sampai sekarang walaupun anak dah umur 5 tahun dah..

Khai♥Rin : anies said...

seronok nyerrr...
BTW, TAHNIAH3!

wantie said...

tahniah.. selamat ulangtahun perkahwinan. semoga kekal bahagia hingga ke syurga.

Ibu Lala said...

Amboi bestnya. Bersyukur dapat jd ibu kan. Happy monthers day dan annibersari.

Amboi adiah tu. menarik betul.

Masya said...

happy anniversary.. moga berkekalan kehujung nyawa...

εïзmummyHazaεïз said...

happy anniversary..

Selalunye saya akan kibas2 kan atas katil tu dulu.. hehehe baca2 ayat suci sikit before kaki melangkah masuk.. budak kecik kan..

9n0L4 said...

lame tu 9 thn tgu nk dpt anak. lahirkn damia ni umur bape tahun? ;)

-- > Klik iklan di bawah untuk keterangan lanjut < - -