tambah wang dengan zalora KLIK

Thursday, November 10, 2011

cuti raya Aidiladha - Melaka

Kami gerak ke Melaka hari Sabtu minggu lepas. Merata jugak cari hotel nak menginap kebanyakkannya dah penuh. Biasalah time cuti2 perayaan ni sepatutnya kena booking awal2 tapi kami main rodong ...... nasib baik dapat jugak apartment 2 bilik di sana. Kami tinggal di Garden City Apartment untuk 2 hari 1 malam sahaja .


anak buah Mak Lang



posing2 dulu depan balkoni sebelum
ke acara JJCM pulak



Lepas settle bab penginapan kami gerak pulak mencari restaurant untuk mengkedaqah. Cari hotel nak dekat 2 jam dah tiba masanya untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong. Teringin makan asam pedas Melaka... last2 dapat restaurant ni..... sebab ada tulis asam pedas kat luar signboard restaurant....... hhee...hhee... Sedap tak? boleh makan la............ Restaurant ni depan Menara Taming Sari saja. Banyak restaurant sebenarnya area situ....... tapi main redah ja le.......


semua muka tengah lapaq sangat2


udang galah masak lemak cili api.... sedap!!!


masak lemak daging salai dan asam pedas
rasa??... boleh lee....... biasa2 aje



naik menara taming sari








Lepas makan terus naik Menara Taming Sari. Nasib baik la tak perlu beratur panjang. Tapi naik dengan anak buah aku ni memang riuh-rendah dan banyak tanya macam2 kat aku..... hhhaa...hha... Aku pun dekat 5 tahun tak ke sini. Banyak sangat perubahan kat Melaka, bangunan2 baru dan supermarket pun banyak. Tak banyak sangat tempat yang kami pergi coz bawa baby kesian pulak jalan jauh2 takut nanti meragam pulak. Jadi kami sekadar pusing Bandar Hilir sahaja. 


berehat seketika.... kepala lutut mau tercabut sudah......









posing lagi


kek besday



Malam ke acara potong2 kek pulak. Aku berkongsi tarikh besday yang sama dengan birasku pada 20 October . Kami sambut besday 4 orang sekali termasuk ipar aku yang berkongsi bulan yang sama dan anak mereka pada 1 November lepas. Memang kami plan awal2 nak potong2 kek sama2 bila dapat tahu mereka nak datang cuti beraya ke rumah.... meriah la sikit. 






24 comments:

dear anies said...

da smpi melaka x singgah pon rumah kite ye

Hanis MY said...

seronoknyaa... udang galah tu mmg nampak sgt sedap...

SeputihSalju said...

bestnya.. sy dlu bljar kat mlaka tak smpt nk g smua tu.. rsa rugi jer bila pikir blik...huhu

Ungu Violet said...

bez kan klau jenjalan ngan famili...penat pun tak terasa..:)

ajumohit said...

Bestnya tgk udang masak lemak tu kejap je naik taming sari tu kan dela, tiket bleh tahan juga regenya

Unknown said...

salam kenalan,

menariknya bercuti ke Melaka.. kakyong dah lama tak ke Melaka..

fiQRa said...

wahhh... seronok tgk.. lama dah tak holiday... huk3

MulutPayau said...

wah...seronoknya dapat cuti2 Malaysia dan JJCM...

IntaNBerliaN said...

sy xpnh lg g mnara taming sari.. menara alor star pnh lah.. hihii

Unknown said...

seronoknya dapat jalan2 at melaka... suka btul nieya lau jln at mlaka..

atIEsAyAnGkAmU said...

wahhhh...udang galah lemak cilipadi tu kelihatan menyelerakan la...hishh...bile la dpt jalan2 melaka lg erk....

MommyCT said...

Salam. Nak menyinggah melaka gak ni december ni sempena cuti sekolah..:)

dalila said...

@KhaiRin

Khairin tinggal sana ke?... dah cari x jumpa rumah... hhee

dalila said...

@Hanis MY

sedap.... pedas dgn lemak semua cukup...hhee... lapar pulak skrg ni..

dalila said...

@SeputihSalju

rugi dik x meronda sana.... best.. x pa.. nnti leh jalan2 lagi.. :)

dalila said...

@Ungu Violet

best jalan2 dgn family ni...

dalila said...

@ajumohit

dela naik utk dewasa 4 org n kanak2 2 org... total rm 40. naik sekejap sgt.... x puas

dalila said...

@MulutPayau

JJCM tu wajib...hhee

dalila said...

@IntaNBerliaN

akak org utara... menara aloq staq pun x pernah naik... :(

~Beb~ said...

Mak oi!!!!!! Udang tuh melambai2 rsenye!!! Flw blog ni.. Salam knal.. :)

Ibu Yusuf Maryam said...

Banyak kali kami Melaka tak terfikir pula nak naik menara taming sari tu. Lain kali bolehla kami naik.. :D

Mama Gee said...

seronoknya amek peluang ni pi jalan2...
udang tu nampak menyelerakan..tetiba jadi lapoooo hehee

ME CTCT said...

besnyer dapat g jalan2 kan...waaaaa

caliph shuriken said...

dulu pnah gi melaka ada wedding kwn tapi x smpat merayau2 pun, huh...