tambah wang dengan zalora KLIK

Thursday, May 5, 2011

cuti- Kota Kinabalu 2 Mei 2011 - day 3




Ini adalah menu breakfast kami utk hari ke 3 kami d sini Tang Dynasty, KK . Lega rasanya bila tengok menu b/fast macam hotel2 kt semenanjung.... klau x kuruih la perut aku yg x berapa nk slim ni... aku tengok en suami mkan sambil senyum2.... aku faham sangat selera makannya... memang cerewet... makan nak sedap2...kali ni baru kena dengan citarasanya...





Jesselton Point 






Lepas breakfast kami pergi ke Jesselton Point terminal feri untuk ke Taman Tunku Abdul Rahman Park. Ada 5 pulau kesmuanya iaitu Pulau Gaya , Pulau Manukan , Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Sulug. Kami hanya sempat ke Manukan dan Mamutik Island sahaja sebab petang nanti pukul 6.50 aku dah nk balik KL. Kalau nk ronda semua pulau2 ni sampai petang memang x sempat. Tapi jadilah sekadar 2 pulau dari x pergi langsung. Aku pun x snorkling pun... cuma sekadar ambik angin kat sana. Air laut jernih menghijau. Dari jeti ke sini cuma 20minit sahaja. Pulaunya pun dekat2 sahaja. Tiket untuk 2 pulau RM38. Klau nak ke lain2 pulau tambah RM10. Sebelum gerak kena byar  RM6 dan RM3 sekali bayar sahaja utk pulau2 yang  nak pergi. 





Pulau Manukan
















Pulau Mamutik





Pulau Sapi



gambar dari atas boat sahaja semasa mengambil penumpang dari Pulau Sapi balik ke KK



KK Town 



lunch kami sebelum gerak balik...



Selepas ronda2 d pasar kraftangan Sabah aka pasar Philippines utk beli ole utk kawan2 terus ke Terminal 2 utk pulang da....... Bagi aku percutian ini pun best. Walaupun agak kesuntukkan masa dan x sempat nak ronda2 supermarket kat KK tapi kami sempat ke tempat2 menarik yang aku listkan terlebih dulu. Cuma lepas ni nak kena datang untuk 4 hari 3 malam. Baru lengkap semua ekspedisi kami. 


Tips : 
  1. sewa keta 1 hari untuk saga RM100 - RM120 mengikut hari  (Steven 019-5331969 /014-6589486 )
  2. Kinabalu Pines Resort 1 malam  standart room RM160 - Public holiday RM190 with breakfast 
  3. Thang Dynasty Hotel 1 malam deluxe king RM129 with breakfast
  4. Hot Poring, Kaki gunung Kinabalu & Mesilau Nature bayar RM3 seorang  skali sahaja n simpan tiket utk ke 2 lagi tempat  lain
  5. Desa Dairy Farm - Ladang lembu RM3 seorang 
  6. Tiket untuk ke 2 pulau RM38 seorang klau tmbah lagi lain2 pulau + RM10
  7. Sebelum ke pulau kena bayar RM6 seorang sebagai yuran penyelenggaraan pulau
  8. Selepas sampai sekali lagi bayar RM 3 utk pulau yang pertama dan simpan tiket untuk pulau seterusnya.
  9. Flight.... ikut promosi masing2..........

4 comments:

Nor Suhaiza said...

kak, en.tunang sya keje kt kk..dia kata pulau tiga lagi best.boleh mandi lumpur..bgus utk kulit..
hik3...

dalila said...

@Nor Suhaiza

ya ka?.... x sempat pergi .. nnti klau cuti sana lagi akak nk ke pulau 3 lak ...
TQ kongsi info

shila ariff said...

wah...kami pun baru pi sabah end of January lepas..akak, tak pi tip of borneo ke??..

dalila said...

@shila ariff

x pergi pun... x sempat... nanti nk kena ambil cuti 4 hari baru best jalan2 sana...:(