Thursday, October 21, 2010

Birthday 31









Semalam 20.10.2010 adalah hari ulangtahun aku yang ke 31..
Rasa macam sekejap aja usia pun makin meningkat. Macam biasa surprise dari suamiku bunga, kek n hadiah jam tangan . Aku tahu suamiku cuba mengembirakan aku walaupun kadangkala fikiranku bercelaru memikirkan "1" itu yang belum mampu ke berikan padanya.Namun aku bersyukur di kurniakan seorang suami yang setia melayan kerenah 'mereng' aku dari dulu sampai sekarang dengan sabar. Tak pernah jemu melayan kemahuan isterinya yang kadangkala memeningkan kepala malah mampu menjadi sahabatku ketika aku sengsara. Aku bersyukur masih lagi bernafas di bumi ini, aku bersyukur dimurahkan rezeki suamiku dan dapat merasainya bersama walaupun kadangkala aku alpa kepadaNYA. Aku bersyukur masih kuat dan tabah hati ini untuk mengharungi liku2 hidup yang penuh pancaroba. Aku bersyukur diberi kesihatan yang baik dan masih kuat dan mampu menjalankan tanggungjawab setiap hari.

Dah la... hari special aku ni x mau la cerita2 yang menyedihkan. Apa lagi jom makan!!!!....

No comments:

-- > Klik iklan di bawah untuk keterangan lanjut < - -