tambah wang dengan zalora KLIK
Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Sunday, May 30, 2010

hilangkan panas badan - makan durian

durian ...


tuang air ke kulitnya dan minum


Ramai penggemar durian  termasuklah en suami  yang sememangnya 
hantu durian  Kalau  ke mana2 nampak durian mesti singgah makan tak kira tempat.
Teringat 2 tahun lepas jalan2 ke Cameron Highland ada orang asli jual tepi jalan pun
sanggup  berhenti beli.....  Tapi terus makan la coz tak dapat bawa masuk hotel.
Aku makan jugak durian ni tapi tak ada la sampai tahap  "GILA GABAN" pun... 
hhe... gitu2 aje.... Kalau ada depan mata....makan, Kalau tak ada tak kisah pun....

Rasa2 ramai yang dah tahu petua ni.......
orang tua2 cakap selepas makan durian,
minum air kosong yang dituang ke dalam kulit 
durian mula dengan selawat 3 x kemudian minum sebanyak 3 kali.
InsyaAllah boleh menghilangkan panas badan.




Saturday, March 13, 2010

Petua

Petua : Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun (dikawasan yang tiada pencemaran) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering.Kemudian basuh muka anda.Amalkan selalu insyaallah.

Petua : Menghaluskan Rambut
Cubalah dengan mengambil beberapa helai daun rambutan dan ramas-ramaskan dalam sebaldi air,dan lendiran air rambutan bercampur air dalam baldi tadi boleh digunakan sebagai bilasan rambut dan hasilnya rambut anda kelihatan lembut dan terasa halus.

Petua : Melembutkan rambut.
Selepas mandi, bilas rambut dengan air teh suam, Gosok serata rambut dan biarkan 10 minit baru dilap rambut tersebut! Insyallah, ianya mujarab kerana saya memang mengamalkannya

Petua : Memudahkan segala urusan.
Diambil dari ayat 8 surah Yaasin. Amalkan setiap kali selepas solat 5 waktu @ dibaca tidak kira apa jua niat anda. Insya Allah segalanya menjadi mudah pekerjaan anda. contohnya: Interview , baca ketika hendak masuk jumpa sipenemuduga. Baca dengan niat yang ikhlas.

Petua : Menyerikan wajah.
jika anda ingin kelihatan berseri-seri sepanjang hari ..amalkanlah petua ini ambil air basuhan beras yang pertama .. basuh muka anda sebelum masuk tidur..tunggu selama 15 minit.. baru cuci dengan airsuam.. jadi cubalah petua ini anda akan tahu hasilnya sendiri.

Petua : Melambatkan Rambut Uban
Selepas membasuh tangan ( selepas makan ), hendaklah disapukan ke rambut. Tangan yang dibasuh tadi tidak perlu dilap.InsyaAllah, rambut anda tidak beruban

Petua : Kempiskan Perut
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .Lumurkan atau sapu dekat perut ,amalkan setiap malam.Insyaallah perut anda akan lebih menarik.