tambah wang dengan zalora KLIK

Friday, June 24, 2011

rumah Taman baiduri



Inilah rumah pusaka kedua ibu-bapaku. Time aku tinggal sini umur aku baru 13 tahun. Banyak sangat sejarah yang aku tinggalkan di rumah ini. Banyak juga kenangan pahit dan manis dalam rumah ini. Rumah inilah tempat aku di besarkan dan kerana kerana rumah ini juga aku punyai pengalaman yang sangat2 berharga. Balik kampung haritu sempat la aku singgah kejap plan nk bersih2 sikit untuk balik raya nanti. Sedih bila teringatkan rumah tu di biarkan begitu sahaja. Bukan x ada niat untuk di buat sewa tapi memandangkan time raya2 kami nak tinggal mana kalau rumah ni dah disewakan nanti? Terasa tersisih pulak bila balik kampung sendiri tapi tak ada rumah untuk berlindung walhal rumah sendiri ada... Nak tinggal rumah mertua terlalu ramai sangat ipar-duai .. aku pun malas nak berebut2 bilik jadi biar aku yang tua ni ja beralah... Lagipun sudah 8 tahun begini dan aku sudah terbiasa keadaan camni. Aku dan en suami kena pandai2 la fikir sendiri. Dari kecil aku adik beradik dah terbiasa hidup dalam suasana sunyi dan tenang. Kawasan perumahan aku ni ramai penduduk cina... jadi semua memang buat hal masing2... jadi x ada mesyuarat tingkap, x ada gosip2 dan x ambil pusing pun hal orang lain. Kalau menumpang rumah sedara lama2 pun aku cepat rimas tambah2 kalau riuh-rendah pagi, petang & malam. Sekejap2 bolehlah...... Balik hari tu aku fikiran planning nak menghias balik rumah orang tuaku ini. Dalam rumah ini masih tersimpan kenangan dengan kedua ibu-bapaku dulu. Banyak sangat rahsia yang aku simpan dan semuanya kekal abadi dalam ingatanku. Dan aku cukup dewasa untuk menilai semuanya. Mungkin aku belajar dari pengalaman... pengalaman hidup adalah guru kepada diri kita sendiri. Aku pun tak tahu camna nak buat dengan rumah ni . Segalanya belum pasti kerana belum tiba masanya aku dan suami pindah balik ke kampung kerana masing2 selesa mencari rezeki di sini.

No comments: