tambah wang dengan zalora KLIK

Saturday, May 18, 2013

terpaksa botakkan kepala

Atas nasihat doctor kami terpaksa botakkan rambut Nur Ameera Damia. Oleh kerana rambutnya cepat panjang dan tebal jadi kudis yang ada di kepala tu lambat kering. Jadi kami terpaksa botakkan rambutnya. Alhamdulillah kudis di kaki, tangan dan badan Ameera pun semakin surut lepas ambik ubat di klinik dan kami suami isteri gotong-royong bersihkan rumah dan rendam segala kain baju, tempat tidur dll dengan air panas sekali untuk matikan kuman. Terfikir nak tukarkan tempat pengasuh baru sebab kudis tu datang dari sana maklumlah kalau mengasuh ramai2 ni mesti ada baik dan buruknya. Tak mahu salahkan sesiapa jadi lebih baik kami merawat jangkitan kudis buta ni dari terus merebak. Doctor pun sarankan kami bertukar pengasuh sebab kudis buta ni jenis berjangkit dan lambat baik jika tak di rawat dengan betul tapi kami suami isteri masih lagi berbincang  dan tak mahu kecilkan hati mana2 pihak namun untuk kesihatan anak kami terpaksa juga fikir yang terbaik untuknya. Cuma sekarang Dela dan suami pulak yang kena jagkitan kudis tu.... menggaru jugak la kami malam2...hhee. Tapi memang kesian la malam2 anak Dela mesti nangis2 gatal menggaru 1 badan dia.


   kesian anak mama takut tengok mesin rambut


 dah start membotakkan kepala.... time ni Damia  nangis sungguh2
 cian dia....  takot  :(


 lepas tu kembali ceria ! 
sayang anak mama





10 comments:

dear anies said...

Xmengapa la kak...demi kesihatan ameera jg kn...syafakallah

MulutPayau said...

siannya si comel....
Tak pe kejap jer tu..lepas ni tumbuh balik...tapi tak de rambut pun tetap comel..

Queenie said...

kesiannya Damia, mmg kesian kalau anak kecik kena kudis, kalau betul kudis tu dtg dari sana, kalau hak ni terjadi pada akak, akak akan berterusterang jer pada pengasuh tu pasal ni soal kebersihan, tp kena gunakan ayat bagus punya la..

baca ttg Damia ni, badan akak pun terasa2 gatalnya...

wantie said...

alolo siannya dia. nampak mcm baru lahir je

Mizz Aiza said...

kasihannya.. semoga cepat sembuh kudis tu..

Akak Kembang said...

Dah botak pun tetap comel

Mun said...

alahai cian dia... hmmm demi si kecik.. better tukar..supaya tak terus dijangkiti kudis buta itu...

Ibuhani said...

Baby mmg sng kn jangkitan.....basuh baju n brgn Damia campurkn sesudu dettol. Insyaallah.....prevent jangkitan kuman. Rambut leh tumbuh balik...... :)))))

Unknown said...

ciannyer dia,..mmg kudis u berjangkit,..dah laa anak dara..ish...mmmg kena ambil tindakan segeralah dela...

Ibu Lala said...

Alah ciannya kena botak kepala. Tp tetap comel. Moga cepat baik ye sayang.